Monday, 20 May 2024

UniSZA REALISASI HASRAT PERKUKUH KERJASAMA INDUSTRI KREATIF DAN KEUSAHAWANAN DIGITAL BERSAMA YAYASAN KRU DAN KRU ENTERTAINMENT SDN. BHD.

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
8 Disember 2023 | Putrajaya - Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Yayasan KRU dan KRU Entertainment Sdn. Bhd. bertempat di Wetland Studios Putrajaya. 
 
 
Bagi pihak UniSZA, dokumen MoU tersebut telah ditandatangani oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Fadzli bin Adam, Naib Canselor manakala bagi pihak Yayasan KRU dan KRU Entertainment Sdn. Bhd. pula masing-masing telah ditandatangani oleh YBhg. Dato’ Norman Abdul Halim, Presiden Yayasan KRU dan YBrs. Puan Zarina A. Rahman, Naib Presiden Operasi KRU Entertainment Sdn. Bhd.
 
 
Pemeteraian MoU antara ketiga-tiga pihak ini bakal melibatkan kerjasama untuk menganjurkan dan mempromosikan bersama industri kreatif dan forum ekonomi digital KRU Entertainment kepada kakitangan, pelajar dan alumni UniSZA. Selain itu, kerjasama ini juga dilaksanakan dalam mengkomersialkan produk UniSZA terutamanya untuk penjualan dan pengedaran penerbitan UniSZA dalam kedua-dua format fizikal dan digital. Tambahan lagi, Yayasan KRU turut menyediakan biasiswa kepada pelajar sarjana dan pascasiswazah UniSZA yang layak dan alumni untuk menyertai program latihan "up-skilling" dan "re-skilling" berasaskan kemahiran yang berkaitan dengan industri kreatif dan keusahawanan digital di mana-mana institusi yang diluluskan oleh Yayasan KRU dan melangkah lebih jauh lagi dengan program yang lebih besar dan berimpak.
 
 
Turut menyertai majlis tersebut daripada pihak UniSZA ialah Dato’ Prof. Madya. Ts. Dr. Mohd Hafiz bin Yusoff (Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Ts. Dr. Shukor bin Abd Razak (Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi), Encik Muzafar bin Mohd Din (Pendaftar), Encik Suhaili bin Mohd (Bendahari), Prof. Dr. Mohd Nordin bin Abdul Rahman (Pengarah Kampus Besut), Prof. Madya Dr. Syarilla Iryani binti Ahmad Saany (Pengarah Pusat Komunikasi Korporat dan Pengurusan Perhubungan), Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Adzim Khalili bin Rohin (Pengarah Pusat Kerjaya, Teknousahawan Dan Jaringan Pintar, PaKaT), Timbalan-timbalan Pengarah PaKaT, para pegawai dan pelajar.

Follow Us

Popular Post

Error: No articles to display

Latest News link

©2024 UniTIMES | Hakcipta Terpelihara